Video : Kenyataan ‘Makan Dedak PM’ Aziz Bari, JMM Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia menggesa polis menangkap Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan yang dikeluarkannya dua hari lalu berunsur hasutan kepada orang ramai.

 

Ketua Setiausahanya, Hamdan Mohd Salleh berkata, ia bukan sahaja berunsur hasutan malah ia merupakan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu di negara ini kepada masyarakat dalam dan luar negara.

 

“Beliau perlu disiasat secepat mungkin kerana jika tidak ada ramai lagi pihak yang akan menggunakan kesempatan ini terikut-ikut dan mengeluarkan berbagai bentuk tohmahan, cacian terhadap Raja terutamanya isu makan dedak daripada perdana menteri Malaysia.

 

“Kenyataannya jelas menunjukkan ia menimbulkan hasutan kepada rakyat untuk mengutuk serta membuat rasa tidak hormat kepada institusi raja-raja Melayu,”katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, petang tadi.

 

 

Beliau turut meminta instirusi DiRaja agar terus dihormati dan disegani bukan dihina oleh ahli politik.

 

Terdahulu Aziz Bari mengeluarkan kenyataan “jangan makan dedak daripada PM’ ketika ditemubual pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Department of Justice.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.