PRN P.Pinang: Ini masanya Amanah ‘test power’

SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang merupakan peluang buat Parti Amanah Negara (Amanah) untuk cuba nasib dalam menentukan populariti di kalangan rakyat khususnya di negeri itu, menurut penganalisis politik, Universiti Sains Islam Malaysia, Mohd Azmir Mohd Nizah.

 

Ini memandangkan sokongan masyarakat Cina pasti akan terarah kepada parti DAP yang sudah bertapak kukuh di negeri itu sejak dua Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

 

“Saya berpandangan ini adalah percubaan atau ujian bagi Amanah untuk melihat populariti di kalangan rakyat lebih-lebih lagi di Pulau Pinang.

 

“Seperti yang kita lihat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita tahu Amanah juga menerima undian daripada penyokong DAP. Kali ini kita boleh ukur populariti parti itu berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

 

Katanya lagi, sekiranya Amanah akan turut serta dalam PRN Pulau Pinang, ia akan memberi tamparan kepada Pas kerana Amanah telah membuktikan mereka masih berdiri teguh dan masih dalam proses penerimaan rakyat.

 

“(Tetapi) saya tidak fikir yang Pas akan berdiam diri. Mereka akan turut bertanding dalam PRN kali ini (sekiranya berlangsung).

 

“Saya tidak fikir isunya adalah dalam kalangan masyarakat Cina. Isunya adalah perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu dalam memiih pemimpin sama ada dari Pas, Umno, PKR, atau Amanah,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.