PKR belum sedia adakan PRN P Pinang

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas parti itu bersetuju sebulat suara masih belum yakin dengan cadangan bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.

 

Menurut Wan Azizah, bagaimanapun, dalam semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan rakan parti lain di dalam Pakatan Harapan.

 

“Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani, mesyuarat memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

 

“Justeru, PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, malam tadi.

 

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN dan akan meneruskan perbincangan bersama sekutunya serta memberi masa buat mereka untuk membuat pertimbangan‎.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.