Palestin Cadang Saman Britain Berhubung Isu Penempatan Yahudi

TEBING BARAT – Pemimpin-pemimpin Palestin kini sedang cuba mendapatkan sokongan daripada Liga Arab sebelum memfailkan saman terhadap Britain selepas negara Eropah itu didakwa menyokong pembinaan penempatan Yahudi di Palestin menerusi Deklarasi Balfour 1917.

 
“Sudah hampir satu abad sejak peristiwa itu berlaku (1917),” kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki dalam ucaptamanya semasa menghadiri perjumpaan Liga Arab di Mauritania hari ini.

 

Deklarasi pada 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar Britain, Arthur Balfour menyebut bahawa kerajaan negara itu ‘melihat penubuhan Palestin sebagai kawasan penempatan untuk orang Yahudi’.-AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.