India Lulus Undang-Undang Kontroversi Buruh Kanak-Kanak

Parlimen India meluluskan undang-undang kontroversi yang membenarkan kanak-kanak bekerja dalam perniagaan yang diwarisi keluarga.

 

Memetik laporan Reuters, Rang undang-undang persendirian itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bimbang ia akan memaksa lebih ramai buruh kanak-kanak.

 

Seminggu selepas rang undang-undang itu diluluskan oleh dewan tertinggi India, Parlimen mengambil langkah dengan merancang melakukan sedikit perubahan dalam undang-undang tiga dekad yang melarang buruh kanak-kanak.

 
Rang Undang-undang itu dilaporkan dirujuk kepada presiden untuk kelulusan sebelum diwarta dan dikuatkuasakan.
Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan banyak lagi pihak di India membangkitkan kebimbangan mereka terhadap pindaan yang membenarkan kanak-kanak bekerja dalam perniagaan yang diuruskan keluarga mereka.

 

 

Ia didakwa akan mengurangkan bilangan kerjaya melibatkan buruh paksaan dalam kalangan kanak-kanak.

 

 

Laporan Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) 2015 terdapat 5.7 juta buruh kanak-kanak di India berusia 5 tahun.

 

 

Lebih separuh daripada buruh kanak-kanak di India diupah dalam sektor pertanian dan satu pertiga adalah dalam pengilangan, tekstil pakaian, menjahit karpet atau pemprosesan mancis.

 

 

Mereka juga diupah bekerja di restoran, kedai runcit dan hotel sebagai pekerja domestik.
Undang-undang baharu memanjangkan lagi larangan buruh kanak-kanak di bawah umur 14 tahun kepada semua sektor.

 

Sebelum ini syarat itu hanya terhad kepada 18 sektor berbahaya dan 65 sektor pemprosesan antaranya perlombongan, pemotongan berlian dan pengeluaran simen.

 

 

Mereka yang mengupah buruh kanak-kanak berdepan penjara dua tahun dan denda dinaikkan daripada 20,000 rupees (AS$300) kepada 50,000 rupees (AS$740).

 

Aktivis hak kanak-kanak menyambut baik pindaan baharu itu, tetapi pada masa yang sama bimbang mengenai pindaan lain antaranya membenarkan kanak-kanak bekerja untuk perniagaan diuruskan keluarganya di luar waktu persekolahan dan pada cuti umum dan peristiwa selain hiburan dan sukan sekiranya tidak menjejaskan pelajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.