Bas Penyokong Kedah Dibaling Batu

GEORGETOWN – Sekumpulan lelaki bermotosikal membaling batu ke arah bas yang membawa penyokong Kedah di Jalan Datuk Keramat, di sini, malam tadi.

 

Kejadian berlaku 11 malam sejurus perlawanan antara Kedah dan Pulau Pinang tamat dan bas berkenaan dalam perjalanan pulang ke Alor Setar, Kedah.

 

Berikutan itu, pemandu bas berusia 26 tahun membuat laporan berhubung kejadian terbabit selepas tiga cermin di bahagian kiri retak manakala lampu belakang bas pecah yang menyebabkan kerugian hampir RM20,000.

 

Keadaan kecoh seketika di lokasi kejadian dan bas terbabit terpaksa diiring kereta peronda polis untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian dan akan membuat sidang media di pejabatnya, 2 petang ini. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.