Video: Pasangan Bergaduh Kerana Saling Menipu, Guna Gambar Palsu Di Media Sosial

Dua orang teman yang berkenalan menerusi internet dirakam sedang bergaduh di tempat awam pada kali pertama pertemuan mereka.

 

Berdasarkan percakapan ketika pergaduhan itu, mereka marah dan saling menuduh antara satu sama lain kerana dikatakan mengunakan gambar palsu sebelum pertemuan itu diadakan.

 

 

Tidak dapat dipastikan lokasi insiden ini berlaku namun berdasarkan bahasa dan latar belakang kejadian di percayai ia ini berlaku di salah sebuah bandar di China.

 

Video yang dirakamankan oleh orang ramai itu kemudiannya dimuatnaik di laman Youtube sebelum viral di media sosial.

“Saya pukul awak, habis tu kamu nak apa? Cuba tengok muka kamu sekarang ini” jerit wanita itu kepada lelaki tersebut.

 

Tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu, lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbitnya sambil menunjukkan kepada orang ramai, gambar yang digunakan oleh wanita itu di laman media sosial.

 

“Kami berkenalan di media sosial (tapi) cuba lihat wajahnya sekarang dan bandingkan gambar yang digunakannya di dalam internet” kata lelaki tersebut kepada orang ramai yang berada di tempat kejadian.

 

Wanita itu kemudiannya segera mempertahankan dirinya sambil mendakwa gambar tersebut adalah dirinya.

 

“Kamu sebenarnya yang cuba menipu saya (kerana mengunakan gambar palsu) anak haram” jerit wanita itu.

 

Setelah bertikam lidah buat seketika, lelaki tersebut bertindak menolak wanita itu sehingga jatuh sebelum berlalu meninggalkan tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.