Sindiket Jual Gelaran Datuk Tumpas

KOTA BHARU – Empat individu termasuk seorang wanita yang terbabit dalam sindiket penipuan menjual gelaran datuk ditahan di Kelantan dan Selangor, semalam.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan sindiket itu berusia 51 hingga 63 tahun ditahan kira-kira 3.30 petang.

 

Menurutnya, suspek memperdayakan mangsa dengan menawarkan gelaran datuk kepada ahli perniagaan dengan bayaran RM60,000 hingga RM120,000.

 

“Kita menahan suspek termasuk seorang daripadanya kerabat negeri ini selepas menerima maklumat berhubung sindiket itu.

 

“Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.