Penyanyi 2By2 Dan Isteri Didakwa Maki Hamun Wanita Ketika Bulan Ramadhan

Baru-baru ini ruangan pojok sebuah akhbar mingguan menyebut tentang tindakan penyanyi dan komposer Zul (2 By 2) dan isterinya penyanyi Ismaliza Ismail memaki hamun seorang wanita di sebuah restoran pada Ramadan lalu.

 

Memetik laporan mStar online, Zul berkata kejadian yang berlaku itu tidak seperti yang digambarkan ruangan pojok khbar mingguan pada Ahad.

 

Namun pasangan ini menganggap insiden antara dia dengan wanita tersebut sudah pun diselesaikan secara baik.

 

“Apa yang berlaku ketika itu ialah saya dan isteri, Isma bercakap tegas meminta penjelasan kepada mereka yang terlibat menabur fitnah kepada kami, kami dianiaya dan mereka menuduh kami tanpa bukti sehingga menjejaskan maruah kami.

 

“Saya malas nak besarkan lagi perkara itu, tetapi kejadian itu tidaklah sampai mengamuk seperti yang ditulis dalam akhbar tersebut. Kami masih sedar itu tempat awam dan kami juga masih lagi waras,” ujarnya

 

Kata Zul dia dan isterinya membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan, tetapi berharap wanita berkenaan mengaku kesilapan dan meminta maaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.