Pelakon Hasnul Rahmat Muatnaik Gambar Bersama Anjing

Ketika nama adik Puteri Balqis kini masih hangat menjadi bualan ramai ekoran kontroversi gambarnya berbikini, seorang lagi nama artis terpalit dengan satu isu panas.

 

Selebriti yang dimaksudkan ialah pelakon senior, Hasnul Rahmat ekoran sekeping gambar menunjukkan dia memengang kepala dua ekor anjing.

 

Foto tersebut dimuat naik di laman Instagramnya kira-kira lima hari lalu yang mendapat lebih 1,000 ‘like’.

 

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat.

 

Ada berpandangan tindakan Hasnul itu disifatkan sebagai satu yang tidak wajar dan kurang sesuai sekaligus menimbulkan persoalan apa motif Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2006 ini memuat naik gambar sebegitu?

 

Malah, ada pihak yang mempertikaikan status agamanya.

 

Namun, ini bukan kali pertama Hasnul memuat naik gambar anjing kerana sebelum ini dia pernah memuat naik beberapa gambar anjing, selain binatang lain seperti kucing menerusi laman Instagramnya.

 

Sebelum ini selebriti jelita Fazura pernah mencetuskan kontroversi yang mengaitkan juga tentang tindakannya memuat naik foto selfie bersama seekor anjing.

 

Namun, gambar tersebut dirakamkan sewaktu dia menghadiri kempen ‘Furry Friends Farm’.

 

Hasnul Rahmat anjing 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.