PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Vape Perisa Ganja, Ketum

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kegiatan penjualan rokok elektronik (vape) berperisa ganja dan ketum yang kini dikesan semakin mendapat permintaan menggalakkan di pasaran.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pasukan khas itu ditubuhkan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam penghasilan dan penjualan perisa terlarang itu.

 

Laporan khas Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan, vape yang sepatutnya berfungsi untuk mengawal ketagihan rokok, disalah guna dengan ciptaan baharu perisa ganja dan ketum bagi menyaingi perisa asal seperti mang­ga, coklat, kopi dan oren. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.