NC UNIMAP Jawab Kutukan ‘BudakUM’

Kuala Lumpur – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, (UNIMAP), Prof Datuk Dr Kamarudin Husin menjawab hinaan pemilik akaun twitter ‘budakUM’ terhadap universiti awam itu.

 

Menerusi Facebook, Kamarudin mendoakan semoga Allah membuka minda ‘budakUM’ supaya bercakap atau membuat komen menggunakan fakta dan angka.

 

Pemilik akaun Twitter ‘budakUM’ menulis tweet yang seolah-olah memperlekehkan UNIMAP dan membandingkanya dengan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua di negara ini.

 

“Berani makcik aku tanya resul dapat berapa…hello I student UM hokey..bukan UNIMAP..kalau tak dapat dekan tu perkara biasa,” tulis ‘budakUM’.

 

Kamarudin berkata, UNIMAP telah mencapai banyak kejayaan dalam pelbagai bidang walaupun baru berusia 13 tahun dan tidak selayaknya dibandingkan dengan UM yang telah berusia 100 tahun.

 

Kamarudin berkata, beliau berbangga dengan bekas pelajar UNIMAP yang membela bagi mempertahankan universiti itu daripada kutukan ‘budakUM’.

 

“Kita diajar respect dan tidak memperlekehkan pelajar universiti lain,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.