Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan Dan Sahabat

Oleh: Amin Yatim

 

Assalamualakum Tan Sri Muhyiddin,

 

Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat.

 

Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi.

 

Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar.

 

Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah.

 

Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.

 

Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks.

 

Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.

 

Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO?

 

Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO?

 

Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah.

 

Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Nasional.

 

Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat.

 

Ikhlas
Amin Yatim

Nota:

 

** Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dihatar kepada pihak Editorial dan tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV.

 

 

23 thoughts on “Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan Dan Sahabat

  • July 27, 2015 at 10:16 am
    Permalink

    pengkhianat apa dia straight to the face..salah tetap salah betul tetap betul..klu najib takleh kena tegur pi suruh dia jd nabi lah pemimpin segala pemimpin yg tak penah buat salah apa lah punya penulis kayu tul…

    Reply
    • July 27, 2015 at 10:19 am
      Permalink

      tan sri ckp benda betul lu penulis pikir lah sendiri..jgn buat spekulasi yg tak tepat..

      Reply
  • July 27, 2015 at 10:27 am
    Permalink

    u tengok sendiri apa jadi pd negara semenjak najib perintah? u buta ka? kerana nak menang undi dia sanggup serah tengkok pada illuminati freemason pikir lah sikit..tu kat bukit jalil time najib perintah mcm mna boleh bangunan freemason berdiri megah di situ? memang betul sejarah dari zaman melaka lagi portugese bawa freemason masuk tapi time tu melayu bersatu sampai lah melayu berpecah kerana disogok duit emas pada melayu2 yg jd pengkhianat…tapi skrg rasanya melayu dah terlalu bijak dan knp kebijaksanaan itu tidak digunakan utk menentang sekeras kerasnya pengikut dajjal ni yg masuk atau dah lama bertapak di tanah melayu di tentang? pikir lah wei penulis!!

    Reply
  • July 27, 2015 at 10:32 am
    Permalink

    illuminati takut pada Melayu!!!
    Setelah anda semua membaca artikel-artikel sebelum ini, semoga anda dapat sedikit sebanyak mengetahui musuh kita dan pergerakan mereka, supaya tidak lah kita ditipu hidup2 oleh mereka!
    Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.
    Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam ‘inner circle’ supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.
    Tujuannya ialah:
    UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MEMBAWA ISLAM KEPADA KERAJAAN MALAKA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.
    Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.
    Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.
    Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik ‘Divide and Rule’ dapat dilaksanakan!
    Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di ‘Semenanjung Tanduk Emas’ yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.
    Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.
    Mengapa Cina dan India?
    Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati ‘Ordo Ab Chao’ iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil ‘secret societies’ Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.
    Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.
    Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
    LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR.
    Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?
    Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.
    INGAT RAJA-RAJA MELAYU!
    FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.
    Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan ‘muzium hidup’ di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.
    Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.
    Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai ‘negeri naungan Ratu Inggeris’.
    Mengapa?
    Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran ‘Sultan’ atau ‘Pemerintah’ walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.
    PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.
    Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.
    Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah ‘masterpiece’ yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?
    Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?
    APA RAHSIANYA?
    Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!
    Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!
    Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam ‘Holy Scriptures’.”Cepat cari bangsa itu,Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!”Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah ‘rezeki terpijak’ dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.
    Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.
    Tetapi mereka terlambat.
    PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.
    Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka ‘habis madu sepah dibuang’).Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.
    NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.
    Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa
    ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.
    SEbab itu Inggeris lebih ‘beradab’ melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di’manjakan’ Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.
    PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.
    APA RAHSIANYA?
    DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM ‘HOLY SCRIPTURES’ SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S
    Melalui ‘secret societies’ di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.
    INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.
    Kongsi-kongsi Gelap Cina Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.
    Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan ‘secret societies’ di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama ‘The Hidden Hand’ mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan ‘pawn of the game’ dalam usaha ‘The Hidden Hand’ mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.
    ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.
    Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.
    Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat ‘counter attack’.Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.
    TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan ‘psycho’.Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.
    Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan ‘amok’ dalam bahasa Inggeris diambil?
    Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan ‘amuk’ dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.
    Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.
    JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.
    Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.
    Pertamanya,
    majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.
    Keduanya,
    siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),
    khasnya di Tanah Melayu?
    Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris ‘menculik’ rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.Rakyat China miskin yang ‘innocent’ tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.
    Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.
    Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.
    Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita!
    Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan…
    ke jalan putih yang sebenar.
    Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka?
    Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.
    INGAT!!BUKANNYA ALLAH YANG MEMERLUKAN KITA………..TETAPI….
    KITALAH YANG MEMERLUKAN ALLAH AZZA WAJALLAH…..
    TAKBIR!!!! ALLAHU AKHBAR!!!

    Reply
  • July 27, 2015 at 10:47 am
    Permalink

    saya akan tentang tetap tentang sekeras keras nya selantang lantang nya illuminati freemason ini walau saya di tangkap di seksa di tembak di bunuh demi parti UMNO saya AGAMA saya BANGSA saya dan TANAHAIR saya… amar makruf nahi mungkar !!

    Reply
  • July 27, 2015 at 11:20 am
    Permalink

    Pengkhianat yg sebenar apabila menjadi penjilat tegar pd pemimpin yg terang2 bermasalah tp jilatan makin kuat bila pemimpin tu kna kritik…

    Reply
  • July 27, 2015 at 11:20 am
    Permalink

    Sooo stupid punya writer! adoi malunya aku menjadi melayu dengan ada lagi pemikiran writer kolot macam ni…patut la tak pernah maju dibuatnya…..

    Reply
  • July 27, 2015 at 12:00 pm
    Permalink

    Kita, negara dan rakyat khususnya Orang Melayu Umno sedia maklum bahawa Muhyiddin adalah proksi kepada Chedet sejak dia ternyata dengan jelas bersengkongkol bertindak dengan niat jahat menjatuhkan PakLah sebelum PMNajib dulu.
    Buat apa, ditimbulkan ttg kisah freemason, komunis dan sebagainya sebagai alkisah kononnya utk memperkuatkan hujjah..buang masa utk membacanya.

    Reply
  • July 27, 2015 at 12:07 pm
    Permalink

    2.Muhyiddin mgkn langkah terakhir Chedet yang berusaha keras utk menyingkirkan PMNajib semacam mereka menjatuhkan PakLah dulu. Najib ttu belajar dari sejarah dan pengalaman lalu mgkn punya cara utk mengatasi kemelut jahat ini..

    Reply
  • July 27, 2015 at 12:11 pm
    Permalink

    3. Mgkn dengan mengeluar/asingkan antah padi dari beras membolehkan nasi yang ditanak tidak menggangu mata,selera dan sedap dimakan…

    Reply
  • July 27, 2015 at 12:17 pm
    Permalink

    Sokong manusia yg dah terang2 melinfkup dn memporakperanda kn negara itu nk digelar apa? Sedap bercakap dengan cermin?

    Reply
  • July 27, 2015 at 1:10 pm
    Permalink

    XCari pasai…which is thru i’m studying a fact..klu tanpa tun where are u stand now? selagi dia hidup selagi dia bernyawa terpulang lah utk dia menentang he got his right for the country..u pikir lah najib sejak memerintah dia bubarkan ISA sampai di penang org melayu azan dihalang oleh cina dgn gst dgn 1mdb dgn meluluskan can touch a dog dgn melulus kan kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain dgn duit emas sampai mh370 dihilangkan so apa lagi? u suka tok nenek kita berjuang lepas tu dia hancurkan? u suka tengok tok nenek kita dr zaman penjajah berjuang bermati matian utk tanah melayu last2 najib senang2 gadai? study lah fact or sejarah betul2 tengok lah keadaan sekeliling.. u puas hati ka? bila u ckp mcm ni means u duduk or living di malaysia ja and u tak penah merantau sebab tu u ckp mcm org tak berfikir or tak mengenang jasa org2 lama or you ni liberal or bkn islam and i dont know like? what is in your mind..apa yg i ckp tentang freemason tu memang betul terang lagi bersuluh..lepas mh370 hilang after a week or two obama pun dtg..knp? kasi amaran lah pd najib jgn cuba nak cetak duit emas kerana dollar nanti jatuh merudum sebab only negara2 islam sahaja ada emas stock exchange semua pakai wang emas mampos lah america depa ada apa? masa tu lah negara2 islam akan control dunia…tetapi apa yg i ckp ni 1st version..yg 2nd version jauh dr yg 1st u cari sendiri i takkan bgtau ok.. for me to know for u to find out…good luck!

    Reply
    • July 27, 2015 at 1:28 pm
      Permalink

      u’re absolutely right and perfect with ur point of view i respect you,still there are one soul who realised about the rupturing of our country,our own race and our religion may Allah bless you..

      Reply
  • July 27, 2015 at 1:28 pm
    Permalink

    XCariPasai let me tell u i dah study tentang freemason illuminati ini hampir 14thn and plus i tinggal di europe till now.. negara di europe yg i tinggal skrg nih di gelar kota dajjal dimana seluruh pelusuk dunia pergerakkan dajjal ini akan berhimpun utk perjumpaan bermesyuarat dinegara yg i menetap ni and i know apa agenda tersembunyi utk mereka menakluk tanah melayu…ok! good luck!

    Reply
  • July 27, 2015 at 3:14 pm
    Permalink

    sape Amin Yatim ni?
    dia laa cth pengkhianat perjuangan UMNO kt Malaysia ni…
    big boss boleh ditukar bila-bila masa, jgn lupa tu so tak perlulaa nak mengipas sgt..
    yg penting perjuangan hak org melayu di tanah Melayu..
    poyo sungguh…

    Reply
  • July 27, 2015 at 3:45 pm
    Permalink

    Sdr Amin Yatim
    Kenapa nak alih isu?
    Kenapa nak ungkit keburukan TSM?
    Lebih baik sdr burukkan Tungku Abd Rahman sebab jadikan Negara Melayu kucar kacir macam ni..
    Sdr jangan cuba alih perhatian dan lari dari isu sebenar..
    SEKARANG ..ingat SEKARANG ini era pemerintahan Najib yang sedang berjalan ..dan rakyat nampak banyak salah laku dan salah urus tadbir negara oleh Najib ..
    So janganlah nak alih alih cerita mencari kesalahan orang lain demi menutup kebejatan Najib … Jika TSM itu Tim Presiden ..kami pula Ahli UMNO Marhaen yang dahagakan pimpinan yang berintegriti … yang bukan pemimpin Slogan ..

    Reply
  • July 27, 2015 at 5:45 pm
    Permalink

    pengkhianat yang sebenar adalah orang yang berfikiran seperti Amin Yatim. titik.

    Reply
  • July 27, 2015 at 6:50 pm
    Permalink

    tulis panjang panjang xguna..simple je. Amin Yatim pencacai bontot najib.

    Reply
  • July 27, 2015 at 7:01 pm
    Permalink

    Kami sokong UMNO dgn syarat Najib turun.

    Reply
  • July 27, 2015 at 7:12 pm
    Permalink

    Kenapa bodoh sangat wahai amin yatim. di mana letaknya akal yg mulia anugerah tuhan kenapa ko letakkan otak mu setaraf lembu.

    Reply
  • July 27, 2015 at 7:15 pm
    Permalink

    Tan Sri Muhyidin bukan pengkianat tetapi menyuarakan nasihat dan pandangan sebagai Tibalan Presiden & Timbalan PM kepada PM untuk melepaskan jawatan dalam 1MDB sebagai langkah bijak untuk mebersihkan nama PM dan UMNO, salah ke? Tan Sri berpandangan secara rasional demi kebaikkan parti amnya. Saya sokong nasihat Tan Sri Muhyidin 100% kepada sahabat dan juga Prediden UMNO & PM. Teruskan amalan tegur menegur dan nasihat untuk kebaikkan semua rakyat jelata.

    Reply
  • July 28, 2015 at 1:13 pm
    Permalink

    Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia all.

    Sy minat dgn statement penulis berhubung TPM yg bersetuju menunda Pemilihan UMNO ke tahun 2016. Penulis juga menyatakan klu TPM berani kenapa setuju untuk tangguh?

    Di sini saya berpandangan TPM dilihat bukanlah seorang yang gilakan jawatan president dan tujuannya mengkrikit 1MDB juga bukanlah bertujuan utk menjatuhkan presiden tetapi menegur akan kelemahan2 yg berlaku agar diperhalusi dan di tangani segera kerana ianya memberi implikasi yg negatif kepada parti.

    Disini jika bulat2 TPM digelar penghianat adalah sama sekali tidak wajar. Bagi sy secara peribadi dia membela umno

    Reply
  • July 29, 2015 at 12:59 am
    Permalink

    Kalau ada 1 org dlm kumpulan Geng Penyamun tiba2 bertaubat dan nasihatkan Geng2 lain supaya berhenti menyamun, maka 1 org itu adalah PENGKHIANAT kpd GENG itu. Kalau 1 org dlm Geng Lanun tiba2 tukar haluan jadi baik dan nasihat kan kawan2 Lanun dia supaya bertaubat maka 1 org ini adalah PENGKHIANAT kpd Geng Lanun tersebut. Sebaliknya jika 1 org dlm kumpulan Pendakwah tiba2 keluar group dan join Geng Lanun/Penyamun maka 1 org ini adalah PENGKHIANAT kpd Kumpulan dakwah yg dia join sebelum itu.. Samalah dgn Sayidina Umar yg dilabel PENGKHIANAT oleh Pemuka2 Musyrik Quraisy Makkah apabila beliau memeluk Islam dan menyokong Rasulullah..Maka istilah ‘PENGKHIANAT’ adalah relatif.. Geng2 Najib melabelkan Tan Sri MY sebagai PENGKHIANAT kerana dia enggan bersekongkol dgn kepincangan dan kebatilan yg group ini sokong.. DAN SAYA ADALAH ANTARA YG MENYOKONG PENUH ‘PENGKHIANAT’ ini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.