KLIA2 Ditenggelami Air – Air Asia

Sepang – Terminal lapangan terbang antarabangsa bagi syarikat penerbangan tambah murah dilapor menakung air susulan rekahan di bahagian laluan teksi.

 

Air juga didakwa bertakung seperti kolam di tempat laluan pesawat, lapor Bloomberg.

 

Menurut AirAsia Bhd, pengguna terbesar lapangan terbang itu, perkara itu boleh menyebabkan kelewatan penerbangan serta berpotensi mengundang risiko keselamatan.

 

Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar berkata, walaupun pelepasan dan pendaratan tidak terjejas, pihaknya telah meminta pihak berkuasa menyelesaikan masalah itu kerana dikhuatiri mencederakan penumpang.

 

“Lapangan terbang itu masih tenggelam,” Aireen dilapor sebagai berkata dalam satu temubual di Kuala Lumpur.

 

Pengendali Malaysia Airports Holding Bhd pula berkata, pihaknya telah menurapnya namun masalah tersebut memerlukan penyelesaian kekal.

 

Kementerian Pengangkutan juga memberitahu Bloomberg bahawa sebuah jawatankuasa audit bebas telah dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.