Intan Ladyana Tolak Tawaran Berlakon

Pelakon Intan Ladyana menjelaskan dia kini semakin kurang berlakon sengaja mengambil masa untuk berehat tahun ini sekali gus menolak pelbagai tawaran.

 

“Saya memang nekad berehat saja tahun ini dan memperlahankan kerjaya. Sebenarnya banyak juga tawaran yang datang namun saya sengaja menolaknya disebabkan mahu berehat

 

“Apapun, saya bukanlah ‘menghilangkan’ diri terus kerana masih ada lagi drama lakonan saya seperti Quddus yang kini ditayangkan di RTM.

 

“Lebih 10 tahun dalam bidang ini, kini saya lebih selektif dalam setiap tawaran. Bukan mahu ‘demand’, tapi pelbagai watak sudah saya jayakan dan semestinya mahukan angin baru,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

 

Selain memperlahankan kariernya tahun ini, Intan juga nampaknya semakin sibuk menguruskan perniagaan jus minuman kesihatan Leto Krush yang diusahakannya sejak awal tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.