Huan Persoal Tindakan Tony Pua, Claire Brown Sensasi Isu 1MDB

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak dipilih sebagai wakil rakyat bertemu pengasas Sarawak Report, Claire Brown untuk membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan menerusi laman blog datukhuan.blogspot.com berkata, tindakan Pua bertindak sebagai wartawan penyiasat patut dipersoalkan 85,401 warga Petaling Jaya Utara yang mengundinya.

 

“Dia tidak dipilih menemui Claire Brown untuk membincangkan isu 1MDB itu.

 

“Jika dia ke dalam kewartawanan penyiasatan, beliau perlu memikirkan semula kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,” tulisnya.

 

Tidak hanya Pua, tindakan Brown menghabiskan banyak masa dengan memberi tumpuan terhadap politik Malaysia, meskipun hanya lapan tahun tinggal di Malaysia, ketika zaman kanak-kanaknya turut dipertikaikan.

 

Huan turut mempersoalkan dermawan yang menyalurkan dana untuk operasi laman web serta radio Sarawak Report yang sehingga kini tidak mahu dikenali.

 

“Mengapa dermawan Eropah mahu membiayai kempen stesen Sarawak, sedangkan terdapat begitu banyak masalah yang melanda Eropah?

 

“Bolehkah dengan menderma sahaja, laman web itu dikekalkan?

 

“Bagaimana pula dengan perbelanjaan beliau yang ditanggung untuk bergerak ke seluruh dunia bertemu individu seperti Tony Pua dan lain-lain? Bolehkah derma sahaja mengekalkan laman web, stesen radio, dan aktivitinya?” soal Huan.

 

Selain itu, tindakan taikun The Edge yang didakwa memperdaya bekas pekerja PetroSaudi, Xavier Andre Justo untuk mendapat maklumat turut dipersoalkan.

 

Katanya, ia termasuk janji Datuk Tong Kooi Ong yang mahu membayar Justo sehingga hampir USD$2 juta untuk mendapatkan maklumat curi.

 

“Adakah ia beretika untuk mendapatkan maklumat dalam penyiasatan wartawan?

 

“Mengapa The Edge perlu melakukan perkara sedemikian untuk mendapatkan maklumat? Adakah ia masuk akal?” soalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.