Hentam Dr Mahathir Perbuatan Sia-Sia – Muhyiddin

Kuala Lumpur – Pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan perbuatan sia-sia kerana ia hanya menyebabkan populariti bekas perdana menteri itu semakin melonjak naik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Timbalan perdana menteri itu merujuk kepada ahli Umno yang menggunakan media arus perdana untuk menghentam Dr Mahathir kerana begitu lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terutama berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Menurut Muhyiddin, tindakan tersebut hanya menyebabkan kedudukan Barisan Nasional (BN) semakin lemah dan goyah.

 

“Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea.

 

“Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan .

 

“Jadi berhentilah hentam Dr Mahathir, beliau adalah bekas perdana menteri, lagi anda hentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh,” katanya semasa ucapan penggulungan mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

 

Tambahnya, Tun Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.
“Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib…pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein).”
“Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau,” kata Muhyiddin lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.