Gempa Bumi Kecil Di Ranau Malam Tadi

KUALA LUMPUR – Satu kejadian gempa bumi kecil berukuran 4.7 pada Skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 12.10 tengah malam tadi.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 km Barat Laut Ranau.

 

“Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan bahawa jabatan itu akan mengeluarkan maklumat baru berhubung kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.