Dakwaan Guling PM, Fathul Bari Gesa Pemuda UMNO Taat Pada Pemimpin

Kuala Lumpur – Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya menggesa ahli-ahli Pemuda UMNO dan masyarakat untuk bersabar sehingga isu yang melanda pimpinan negara diselesaikan melalui siasatan sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

 

Beliau ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi mengulas mengenai dakwaan yang melibatkan kepimpinan Pemuda UMO yang di dikatakan terlibat dalam gerakan untuk mengulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

“Saya enggan memberikan sebarang komen mengenai isu yang melibatkan Pemuda UMNO ini, namun secara peribadi pandangan dan pendirian saya kita sewajarnya taat pada pemimpin.

 

“Kerana pada saya isu ini ada bersangkutan dengan isu 1MDB dan kita seharusnya memberi peluang agar ia disiasat sehingga dibuktikan segala dakwaan itu benar jika benar terdapat salahguna atau penyelewengan seperti di dakwa mereka yang bersalah perlu dijatuhkan hukuman dan sekiranya ia sebaliknya kita wajar memberikan sokongan kepada pemimpin” katanya kepada SuaraTV.

 

“Sebagai contoh dalam isu yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes tersebut telah ditangguhkan sehingga 62 kali, rata-rata ahli Umno boleh menerimanya atas alasa beliau ingin membela diri namun mengapa kita perlu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman dalam kes 1MDB kerana kita perlu beri sedikit masa agar siasatan dapat diselesaikan.

 

Fathul turut menggesa agar masyarakat agar berhati-hati terhadap bahaya fitnah seperti yang pernah terjadi ke atas junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad SAW.

 

“Cuba kita rujuk kes yang melibatkan Nabi Muhhamad SAW ketika berdepan dengan dakwaan yang melibatkan isteri baginda, Siti Aisyah yang dituduh sebagai penzina, baginda pada ketika itu tidak memberikan sebarang keputusan atau kesimpulan ketika berdepan dengan fitnah tersebut.

 

“Antara tindakan yang diambil pada ketika itu, baginda menghantar Siti Aisyah pulang ke rumah bapanya. Nabi pada ketika itu menunggu ‘fakta’ iaitu wahyu dari Allah SWT sebelum membuat sebarang keputusan” katanya.

 

Menurut Fathul lagi masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran atas kes tersebut.

 

“Sekarang ini wahyu dah tiada, apa yang ada ketika ini adalah siasatan yang sedang dijalankan.

 

“Jadi pada pandangan saya dalam tempoh ini maka kita perlu tunggu dan bersabar sehingga keputusan siasatan didedahkan kepada umum” ujarnya lagi.

 

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar ketika dihubungi berkata, sepanjang pengetahuannya tidak wujud sebarang gerakan untuk mengulingkan Presiden seperti yang didakwa.

 

“Saya tidak tahu mengenai wujudnya gerakan tersebut kerana isu mengenainyan tidak pernah dibincangkan secara khususnya di dalam mesyuarat Exco yang diperngerusikan oleh Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

 

“Pendirian Pemuda seperti yang diumumkan sebelum ini, jelas iaitu menyokong penuh kepimpinan yang ada pada ketika ini” katanya berhubung

 

Sementara itu Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen kerana ingin mengambil pendirian berkecuali.

 

Manakala dua exco Pemuda Umno iaitu Ibdillah Ishak dan Shahril Hamdan yang namanya disebut dalam pendedahan portal myKMU.net berhubung beberapa imej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dalam komplot yang dikatakan mahu menjatuhkan Najib itu enggan memberikan komen mengenainya.

 

Khairy juga enggan mengulas isu itu selepas satu mesej Whatsapp dikirimkan kepadanya lapora portal tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.