‘Berpantang Maut Sebelum Ajal’

Klang – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang lelaki warga emas yang nyaris maut selepas dia terjatuh pada besi jeriji pagar yang menusuk ketiak kanannya, hanya beberapa inci dari hatinya.

 

Ketika kejadian, Ng Ah Eng, 68, sedang berdiri di atas tangga sambil memotong pokok di perkarangan rumahnya di Jalan Alor Star off Jalan Kapar di Klang sebelum dia tergelincir dan jatuh atas pagar besi itu.

 

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Sungai Pinang M Sathiaseelan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa kira-kira jam 4.40 petang dan bergegas ke tempat kejadian dalam tempoh lima minit.

 

“Pagar itu adalah besi jeriji padu dan bomba berjaya memotong sehingga tiga keping dalam masa 20 minit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, untuk mengeluarkan besi tersebut. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.