Bella Dally Terkilan Tiada ‘Job’ Kerana Berhijab

Bella Dally, 24, merasa terkilan kerana ada pihak yang tidak mahu menerimanya bekerja gara-gara dia sudah berhijab.

 

Pelakon cantik dari Kota Kinabalu, Sabah, ini sudah hampir setengah tahun dia tidak menerima sebarang tawaran.

 

Kekesalan itu disuarakan Bella atau nama penuhnya, Nabilah Ali Dally menerusi temu bualnya bersama majalah Harmoni, baru-baru ini.

 

Bella menghiasi kulit hadapan majalah Harmoni keluaran 1 hingga 31 Julai yang kini berada di pasaran. Turut bergandingan bersama Bella bekas pengacara MHI TV3, Nurul Shuhada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.