Anak Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown Meninggal Dunia

LOS ANGELES – Anak kepada penyanyi terkenal Whitney Houston iaitu Bobbi Kristina Brown meninggal dunia pada Ahad selepas lima bulan dia dijumpai tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di kediamannya di Roswell, Ga.

 

Bobbi baharu sahaja berusia 22 tahun.

 

“Bobbi Kristina Brown menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 Julai 2015 di sisi keluarga terdekatnya.

 

“Dia kembali dengan tenang kepada pencipta-Nya dan kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih terhadap sokongan semua sepanjang beberapa bulan ini,” menurut kenyataan dikeluarkan keluarga mendiang kepada majalah People.

 

Bobbi dimasukkan ke hospital sejak 31 Januari lalu selepas teman lelakinya, Nick Gordon menemuinya tidak sedarkan diri dalam tab mandi.

 

Pihak hospital kemudiannya meletakkan Bobbi dalam keadaan koma namun dia tidak pernah sedarkan diri sejak itu.

 

Wanita berkenaan turut menjalani pembedahan menggantikan saluran pernafasannya dengan tibu dikenali tracheostomy pada Februari namun keadaannya tetap sama.

 

Ibunya, Whitney sebelum ini turut ditemui mati di dalam tab mandi sehari sebelum berlangsungnya Anugerah Grammy pada 11 Februari 2012 di Hotel Beverly Hilton.

 

Penyanyi lagu I Will Always Love You itu dilaporkan mengalami serangan jantung kesan daripada pengambilan dadah jenis kokain.

 

Bobbi adalah anak hasil perkahwina Whitney dengan penyanyi rap, Bobby Brown. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.