Terima Kasih Tok Guru – Khalid Ibrahim

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan terima kasih terhadap sokongan dan “pencerahan” oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyatakan sokongan pada pentadbirannya.

Membahasakan Nik Aziz (bawah) dengan “Tuan Guru”, Khalid dalam kenyataannya turut memohon maaf kerana isu pertukaran menteri besar Selangor secara langsung dan tidak langsung memberi kesan di penghujung Ramadan.

Khalid berkata, 10 hari-hari terakhir Ramadan sepatutnya diisi dengan ibadah tetapi kini “terpaksa disulami dengan kemelut politik”.

“Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku,” katanya.

Khalid juga berjanji, sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, beliau akan pastikan pentadbiran Selangor diurus dengan sebaik-baiknya sebagaimana mandat yang diberikan rakyat sejak 2008.

Beliau juga berjanji akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri memperoleh keberkatan Allah.

Nik Aziz hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Khalid, sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid dalam pilihan raya umum lalu, Nik Aziz berkata beliau tertanya-tanya, salah apakah Khalid hingga ingin digugurkan.

One thought on “Terima Kasih Tok Guru – Khalid Ibrahim

  • July 27, 2014 at 11:38 pm
    Permalink

    ya….itulah yg sebaiknya….
    kawan tu tadbir selangor dgn bagus…kenapa pulak nk tukar…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.