Sukan Komanwel: Nama Negara Di Badan anjing

PERKASA menyatakan kemarahannya terhadap tindakan penganjur Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland menggunakan anjing berpakaian tulisan negara bertanding dalam acara pembukaannya.

“Perasmian sukan Komanwel, 40 ekor anjing Scottish dipakai sut, diguna untuk perarakan di mana nama-nama negara yang ambil bahagian tertulis di badan anjing.

“Kita negara Islam, penganjur tidak sensitif dan biadab,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Ibahim juga berkata, beliau turut meluahkan perasaan itu kepada media asing Daily Telegraph United Kingdom dan menyatakan kesal dengan sikap tidak sopan tuan rumah dan penganjur.

Sementara itu, The Herald Scotland melaporkan berhubung 40 ekor anjing jenis itu yang digunakan dalam perarakan untuk pembukaan acara sukan itu.

Daripada 71 peserta dalam sukan Komanwel ke-20 itu, nama Malaysia disebut kerana anjing yang ditugaskan mengiring enggan berjalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.