Samseng Bersenjata Cuba Sabotaj Air Selangor

Usaha kerajaan Selangor memastikan bekalan air mentah cukup sepanjang perayaan Aidilfitri didakwa cuba disabotaj oleh sekumpulan samseng bersenjata menyebabkan operasi pengepaman air ke sungai terganggu lima jam.

Exco belia dan sukan, infrastruktur dan kemudahan awam Ahmad Yunus Hairi berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

Katanya, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan pengendali pam di Bestari Jaya diugut dan terpaksa meninggalkannya atas faktor keselamatan.

“Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas,” kata Yunus.

Katanya, laporan polis juga dibuat di balai polis Bestari Jaya dan kerajaan negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan dan menyiasat secepat mungkin agar ia tidak berulang.

“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.