NGO Negara-Ku Promosi Liwat Secara Terbuka

Bangi – Beberapa buah pertubuhan yang termasuk dalam senarai 68 NGO yang membentuk Negara-Ku telah terlibat mempromosikan jenayah liwat secara terbuka di laman sosial facebook.

Kesalahan mempromosikan jenayah liwat itu telah dilakukan oleh Projek Dialog apabila laman facebook rasmi Projek Dialog pada Jumaat lalu telah berkongsi satu gambar karikatur berbahasa Inggeris yang jelas mempromosikan jenayah liwat.

Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Pusat KOMAS, Community Action Network (CAN), Islamic Renaissance Front (IRF), Sisters in Islam (SIS) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) yang merupakan anggota Negara-Ku telah terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana mereka juga merupakan sebahagian rangkaian Projek Dialog.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman, terdapat kumpulan tertentu yang mendakwa mereka mempertahankan perlembagaan melalui platform Negara-Ku yang dinaungi oleh Ambiga, namun pada masa yang sama mereka telah melawan perlembagaan dan Rukunegara melalui Projek Dialog.

“Semua orang tahu liwat adalah jenayah di Malaysia dan boleh dihukum mengikut undang-undang. Oleh itu tindakan mempromosikan jenayah juga merupakan satu kesalahan dan perlu dihukum.

“Mereka kata mereka pertahan perlembagaan, pada masa sama mereka promosi jenayah liwat, apa semua ini?” soal beliau ketika dihubungi ISMAweb.

Gambar karikatur yang dikongsi oleh Projek Dialog daripada laman facebook Kris Wilson itu mendapat pelbagai komen negatif oleh pengguna facebook yang lain kerana budaya liwat atau gay adalah budaya kotor yang merosakkan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.