Selamatkah kita apabila balai polis diserang dan anggota polis terbunuh? – A.Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Negara kita tidaklah seselamat seperti yang digambarkan Indeks Keamanan Global (Global Peace Index/GPI) tahun ini (2024) meletakkan Malaysia di tempat ke-10 sebagai negara paling aman dan selamat di dunia.

Wartawan veteran, Datuk A.Kadir Jasin malah mendakwa makluman keamanan yang dilaporkan bercanggah dengan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia mutakhir ini.

“Indeks Keamanan Global (Global Peace Index/GPI) tahun ini (2024) meletakkan Malaysia di tempat ke-10 sebagai negara paling aman dan selamat di dunia. Penarafan ini adalah hasil kajian Institut untuk Ekonomi dan Keamanan (Institute for Economics and Peace) yang beribu pejabat di Sydney, Australia. Tempat nombor satu diduduki oleh Iceland. Kalau di Asia, kita kalah Singapura di tempat nombor lima.

“Adakah betul Malaysia aman dan selamat apabila Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, sendiri kata, purata lima kes bunuh berlaku setiap minggu antara tahun 2021 dan 2023?

“Razarudin berkata, sebanyak 741 kes bunuh dilaporkan dalam tempoh itu. Tidak tahulah kalau bilangan ini dikira rendah.

“Jawapan kepada persoalan betulkah negara kita aman dan selamat terkandung dalam satu kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau dilaporkan berkata, penarafan Malaysia naik kerana faktor-faktor seperti perang di Ukraine and Gaza serta jenayah ganas di Amerika Utara. Maksudnya lebih kurang, kita naik pasal orang lain jatuh,soal A.Kadir dalam kenyataan pada Khamis.

Selamatkah kita apabila balai polis diserang dan anggota polis terbunuh? soal beliau lagi.

“Selamatkah kita apabila kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun dilaporkan hilang 5 Disember lalu dan dijumpai mati pada hari berikutnya dalam keadaan mencurigakan?

“Selepas lebih enam bulan sejuk, kes ini tiba-tiba hangat semula. Pada 12 Jun, ibu bapanya didakwa di mahkamah atas tuduhan mengabaikan penjagaannya.

“Selamatkah kita apabila pemain bola profesional disimbah asid pada 5 Mei lalu. Amat jelas unsur jenayah terancang dalam kejadian itu. Tetapi sampai hari ini belum ada sesiapa didakwa.

“Dua orang disyaki dalam kes serangan ke atas Faisal Halim telah ditahan, disiasat dan dibebaskan tanpa sebarang tuduhan. Yang lebih memeranjatkan, PDRM sendiri dilaporkan mengaku belum dapat mengenal pasti motif serangan tersebut,” katanya.

Tegas beliau, nampaknya negara kita ini tidaklah seselamat seperti yang digambarkan dalam laporan GPI.

Bidas A.Kadir lagi, semua orang tidak selamat kecuali yang melakukan jenayah.

“Penjenayah selamat kalau tidak ditangkap atau selepas ditangkap tidak dihadapkan ke mahkamah. Malah bila terbukti prima facie pun bebas dengan anugerah DNAA.

“Bukan orang ramai saja tidak selamat malah duit dalam bank pun tidak selamat juga. Berpuluh juta ringgit simpanan tetap dengan bank telah dicuri. Yang kena “scam” kerana bodoh atau tamak itu hal merekalah. Ini duit dalam bank.

“Pada 21 Jun, Bank Negara meminta bank yang terbabit dengan penipuan itu supaya menyegerakan ganti rugi kepada penyimpan terbabit. Jumlah semuanya RM24.2 juta. Kalau duit dalam bank pun sudah tidak selamat, apatah lagi duit bawah bantal.

“Akhir kalam, saya rujuk kepada tajuk berita yang puitis Harian Metro 24 Jun berbunyi “Gandingan Padu Sang Saka Biru” yang merujuk kepada KPN Razarudin dan Timbalan KPN, Ayob Khan Mydin Pitchay. Harap tajuk berita ini menggambarkan yang sebenar,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat