‘Satu kapal tidak boleh dua nahkoda’ – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — UMNO Sabah masih belum membuat keputusan mengenai siapa rakan kerjasama parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sesiapa sahaja boleh memberi cadangan, namun keputusan akan dibuat bersama presiden parti.

Ditanya oleh Suara TV mengenai adakah berlaku percanggahan dengan timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengenai isu rakan kerjasama, Bung berkata keputusan hanya akan dilakukan bersama presiden Umno.

“Walaupun Datuk Seri Rahman melihat penjuru lain, dan beliau melihat bahawa Umno perlu mungkin kerjasama dengan mana-mana pihak tetapi ianya bukan satu keputusan dan dalam parti Umno ini bebas untuk mencadang sesuatu tetapi akhirnya kita akan buat keputusan bersama-sama presiden parti.

“Baru baru ini semasa Presiden merasmikan Mesyuarat Umno Sepanggar, Kimanis, Papar, saya telah menyatakan pendirian dan hala tuju kita bahawa dalam Umno kita tidak boleh berbalah, boleh bercangah pendapat tetapi akhirnya bila kita buat keputusan maka kena ikut, kalau tidak ikut akhirnya kita akan hancur dan orang lain untung.

“Jelas dari pepatah orang dulu ‘satu kapal tidak boleh dua nahkoda’, presiden pun tidak boleh dua, saya nyatakan presiden saya cuma satu,” katanya di dalam program Realiti Politik UMNO Sabah : Sesi berterus-terang bersama Bung Moktar Raden di Suara.TV.

Mengakui bahawa pernah ‘dianaktirikan’ semasa menjalin kerjasama dengan kerajaan GRS, beliau berkata Umno kini terus memainkan peranan membela nasib rakyat Sabah walaupun telah menarik diri dari kerajaan GRS.

“Di Sabah ini tidak dipanggil Kerajaan Perpaduan dia Kerajaan GRS, jadi masa itu kita telah menarik diri disebabkan beberapa perkara yang kita rasa Umno dianaktirikan.

“Kalau kita bertahan dalam kerajaan itu Umno makin lama makin kecil jadi saya memilih kehilangan jawatan untuk mempertahankan Umno dan BN Sabah.

“Apapun berlaku kita pertahankan intitusi kepartian, bukan pertahankan saya selaku Bung Moktar atau pertahan jawatan ketua Umno Sabah itu sendiri, yang utama kesetiaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat