Lepas harga diesel naik, Rafizi minta bersedia pula terkejut untuk petrol

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilihat tidak terkesan dengan bantahan berleluasa tindakan kerajaan memansuhkan subsidi pukal diesel, dan berkata kerajaan akan meneruskan rancangan mengumumkan langkah sama untuk minyak RON95.

Bercakap di Dalian, China di mana beliau menghadiri Forum Ekonomi Dunia, Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pengumuman itu.

“Kami tidak akan mengumumkannya seperti mana kami buat kejutan mengenai diesel.

“Selepas kejutan mengenai diesel, orang ramai boleh bersiap sedia untuk satu lagi kejutan,” katanya dalam wawancara bersama Bloomberg.

Rafizi juga tertawa apabila ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk menghapuskan subsidi minyak, dan bagaimana ia akan memberi kesan terhadap inflasi susulan kenaikan harga barang.

“Saya tahu yang semua orang mahu tahu dari saya ialah: apa seterusnya? Di Malaysia, kita mempunyai diesel untuk industri dan petrol untuk rakyat kebanyakan.

“Buat masa ini, kita memfokuskan diesel kerana ketirisan besar berlaku dengan diesel. Saya fikir kita perlu mengenal pasti dan belajar daripada proses itu untuk menambah baik keseluruhan sistem,” memetik MalaysiaNow.

Harga petrol RON95 yang digunakan secara meluas oleh kenderaan persendirian di Malaysia pada masa ini ialah RM2.05 seliter.

Penghapusan subsidi minyak dijangka melonjakkan harga kepada RM3.35 seliter.

Pada 10 Jun, harga diesel di Semenanjung Malaysia naik ke RM3.35 seliter, menamatkan spekulasi berbulan-bulan mengenai pemansuhan subsidi bahan api.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mendakwa subsidi diesel memberi manfaat kepada orang asing dan golongan kaya.

Dakwaan itu dicabar oleh bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil, yang pernah ditugaskan di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program rasionalisasi subsidi.

“Saya nak tanya, pendatang asing mana yang bawa kereta atau motor diesel ini? Kebanyakan pendatang asing, lesen memandu pun tiada. Dia tak bawa kereta atau motor, kalau ada pun secara haram.

“Isunya ialah, mereka tak ramai. Orang-orang kaya pun, berapa ramai yang pakai kereta mewah diesel? Kebanyakannya kereta mewah seperti Porsche, BMW dan Mercedes tu, kebanyakannya pakai petrol, bukan diesel.”

Isham turut mencabar kenyataan Rafizi yang menuduh nelayan menjual diesel bersubsidi kepada kapal asing.

“Rafizi, kamu tahu ke apa kamu cakap ni? (Kalau seludup) 10 juta liter, berapa puluh ribu bot perahu nelayan ini diperlukan untuk pergi ke tengah laut?” soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat