Anwar tak rasa bersalah, berdosa bersekongkol dengan GIP-BlackRock bunuh umat Islam? – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Tidakkah terdetik di hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perasaan bersalah dan berdosa kerana bersekongkol dengan pihak yang melakukan pembunuhan ke atas umat Islam? soal Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas Presiden Bersatu itu, ia bukan soal untung dan rugi duniawi sahaja, tetapi suatu obligasi moral dan agama untuk memelihara mMalaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk tidak meneruskan penjualan saham MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock, iaitu sebuah syarikat yang menyokong rejim zionis Israel serta menyumbang secara langsung kepada jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.

“Keputusan untuk meneruskan penjualan saham MAHB kepada GIP adalah tindakan tidak bermaruah yang menggadaikan prinsip serta dasar Malaysia yang selama ini mendukung perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman rejim zionis Israel.

“Alasan Perdana Menteri bahawa ekonomi negara akan terjejas sekiranya Malaysia memutuskan hubungan dengan syarikat berkaitan Israel adalah satu alasan yang jelek, lemah dan memalukan.

“Setahu saya, Khazanah Nasional selaku syarikat milik penuh kerajaan yang mengurus dana kekayaan berdaulat Malaysia memegang mandat untuk membuat pelaburan yang selari dengan kepentingan ekonomi dan sosial negara,” jelas Ahli Parlimen Pagoh itu dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, kata bekas Perdana Menteri itu, Khazanah Nasional juga merupakan pihak yang menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang secara jelas meletakkan tanggungjawab kepada pelabur institusi untuk menghormati hak asasi manusia dalam sebarang keputusan pelaburan mereka.

“Bukankah genosid ke atas rakyat Palestin adalah suatu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang terang, jelas dan nyata?

“Bukankah atas alasan ini sahaja Khazanah Nasional dan Kerajaan Malaysia sepatutnya membatalkan urusniaga penjualan saham MAHB kepada GIP kerana urusniaga tersebut melanggar Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang ditandatangani oleh Khazanah Nasional sendiri?

“Malah, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam kenyataan pada 20 Jun 2024 menyifatkan penghantaran senjata ke Isreal sebagai pencabulan ke atas hak asasi manusia dan jenayah genosid. UNHRC mendesak supaya syarikat-syarikat pengeluar senjata menghentikan penghantaran senjata ke Israel dan menyifatkan institusi kewangan yang melabur dalam syarikat-syarikat ini termasuk BlackRock sebagai bersekongkol melakukan jenayah genosid,” ujar Muhyiddin.

Maka kata beliau, atas alasan ini sahaja Kerajaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk tidak meneruskan urus niaga penjualan saham MAHB kepada GIP.

“Tidakkah terdetik di hati Perdana Menteri perasaan bersalah dan berdosa kerana bersekongkol dengan pihak yang melakukan pembunuhan ke atas umat Islam?

“Ia bukan soal untung dan rugi duniawi sahaja, tetapi suatu obligasi moral dan agama untuk memelihara maruah dan nyawa umat Islam.

“Ada yang kata semasa saya menjadi Perdana Menteri, BlackRock terlibat dalam mengurus sejumlah dana KWSP. Oleh kerana tindakan tersebut boleh dibuat pada masa itu, kenapa ia tidak boleh dibuat sekarang? soal Muhyiddin.

Menurut beliau, ini satu alasan yang lemah dan dangkal.

“Sebagai pengurus dana, tidak ada satu sen pun saham syarikat strategik negara dijual kepada syarikat tersebut pada masa itu.

“Jangan jadikan penglibatan BlackRock sebagai pegurus dana KWSP pada tahun 2021 sebagai alasan untuk menghalalkan penjualan saham MAHB kepada syarikat yang menyumbang secara langsung kepada jenayah genosid ke atas rakyat Palestin yang bermula pada bulan Oktober 2023 dan masih berlarutan hingga ke hari ini,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat