15 peserta YAE! bakal bergelar usahawanan seni

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited dalam memastikan peranan generasi muda diperkasakan melalui pelbagai program, antaranya Young Art Entrepreneurship (YAE!), sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan usahawan seni yang berjaya.

Melalui program ini, seramai 15 orang peserta telah terpilih untuk menjalani sesi pembelajaran ilmu keusahawanan seni secara intensif selama empat bulan di Art Depot, Balai Seni Negara (BSN).

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri Mohd Yusoff berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama di majlis perasmian Pameran Akhir ‘YAE! : Embracing A New Chapter’ di GMBB pada Rabu.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Shaik Rizal Sulaiman; Ketua Pengarah BSN, Amerrudin Ahmad dan, Pengurus Besar GMBB Kuala Lumpur, Lim Ying Hui.

Mohd Yusri berkata, YAE! memberi persediaan kepada penggiat seni muda dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan, ciri-ciri keusahawanan dalam bidang seni yang maju serta berdaya saing.

Beliau berkata, setakat ini BSN telah berjaya melahirkan seramai 138 usahawan seni melalui program YAE! sejak diperkenalkan pada 2017.

Mereka telah didedahkan dengan asas keusahawanan, kaedah pengurusan projek, teknik promosi dan pemasaran serta kaedah membina ‘Business Model Canvas ’ yang betul dan, berpeluang menyertai pasaran seni, program kesenian serta berkongsi pandangan melalui penganjuran bengkel seni.

Menurutnya, MOTAC telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 1.5 juta pada 2020, bagi menambah bilangan studio, kini bertambah menjadi 24 buah di BSN bagi memberi keselesaan kepada peserta kursus.

Ianya menjadi ruang pembangunan karya kreatif kepada peserta apabila dijadikan lokasi bertemu pelanggan dan, mengadakan bengkel-bengkel seni serta pelbagai aktiviti kreatif.

Katanya, program YAE! juga bertujuan memberi kepada penggiat seni muda dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan, ilmu keusahawanan.

YAE! terus berjaya dan, diberi nilai tambah baharu dan sentiasa relevan dengan peredaran zaman bersesuaian dengan modal perniagaan inklusif Madani iaitu strategi untuk menyediakan peluang mata pencarian secara komersial melalui aktiviti perniagaan bersama korporat.

Beliau berharap mana-mana pihak sama ada pihak korporat atau awam yang berminat dengan produk dan model perniagaan peserta YAE! ini dapat turut sama menggembeleng tenaga dan melabur serta bekerjasama untuk merealisasikan hasrat ini.

“Pihaknya amat menghargai kerjasama pihak GMBB Kuala Lumpur atas penajaan lokasi dan sokongan yang berterusan terhadap program YAE!.

“Ia sekali gus dapat memberi pengalaman baharu kepada para peserta dalam menjalankan perniagaan di premis kreatif seperti GMBB,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nurul Hidayah Adnan,29, lulusan Bachelor of Media Arts (Majoring in Animation) University of New South Wales (UNSW) Sydney, Australia, antara peserta yang terlibat dalam program YAE! ini.

“Alhamdulillah, melalui program YAE! ini, saya belajar selok belok dalam bisnes dengan lebih detail.

“Atas didikan Encik Din Deraman dan Pak Adib Noh yang telah membimbing kami dalam bagaimana nak mengurus bisnes kami dengan lebih professional.

“Contohnya, macam mana nak uruskan kewangan, uruskan bahagian-bahagian admin, paperwork dan, untuk present ourself professionally, how to give proper and concice business pitch.

“Ilmu business pitch itu paling berharga buat saya sebab mereka mengajar bagaimana hendak mendapatkan minat orang terhadap bisnes kami.

“Jutaan terima kasih kepada BSN, yang telah memberi ruang, peluang dan, kepercayaan kepada saya sehingga seni saya berada pada tahap ini.

“Senang rasanya mempunyai seseorang yang meletakkan kepercayaan dan sokongan mereka terhadap apa yang anda percayai dan mereka banyak membantu meningkatkan keyakinan saya. Terima kasih dari lubuk hati saya,” katanya lagi kepada Wartawan SUARA.TV.

Antara peserta YAE! lain yang terpilih ialah, Aina Amanina Azman, Ainur Anisah Abd Ghani, Dania Tihani Ramlee, Emeir Faizal Abdul Jalil, Kavinniya a/p Vijayan, Law Kah Weng, Muhammad Fadhil Syarifi, Nur Aliah Nabihah Nor Rushdy, Nurul Aqilah Rasiyuddin, Ong Kar Mun, Siti Nuralisya Saiful Aizad dan Wong Mei Jing.

Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat, BSN LPSVN, Mohd Zuriyadi Sarpin berkata, orang ramai dijemput hadir ke pameran , ‘Young Art Entrepreneurs (YAE!) : Embracing A New Chapter’ di GMBB Kuala Lumpur yang akan berakhir pada 8 Julai ini.

Maklumat lanjut boleh di layari di laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat