Saya merupakan bekas staff di Jabatan Logistik yang kecewa melihat sikap segelintir puak yang membuat cerita rekaan mengenai Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) yang baharu Datuk Seri Mazlan lazim.
Permainan kotor ini bukanlah permainan orang biasa tetapi kumpulan yang mempunyai agenda lain bagi menyekat pelantikan Mazlan sebagai DIG. Cerita-cerita direka dan ditokok tambah bagi kerana bimbang kepentingan mereka terjejas dengan pelantikan tersebut.
Cerita kotor ini disebarkan beberapa hari sebelum 26 Jun lalu bertujuan untuk membuatkan pucuk pimpinan PDRM dan KDN serta kerajaan beralih kpd calon lain yg lebih kepada mesra kepentingan mereka.
Antara dakwaan kumpulan ini ialah mengena penentuan tender dalam PDRM yang kononnya disusun oleh DIG Mazlan. Ini sangat berbeza dengan realiti:
1) Semua tender PDRM dilaksanakan oleh pihak Kemneterian Dalam Negeri (KDN) Iklan dikeluarkan oleh KDN dan segala urusan tender semua di KDN. Entah bagaimana nama ‘Najib Botak’ yang mendapat tender KDN dikaitkan dengan Jabatan Logistik.
2) Orang ramai yang termakan dakyah juga perlu tahu bahawa Pengarah Bahagian Logistik PDRM bukan orang yang bertanggungjawab meluluskan PTJ atau lebih dikenali sebagi Pegawai Pengawal. Pegawai Pengawal ialah KSU KDN bermakna segala urusan tender tender dibuat di KDN dan utk kelulusan /pemilihan akan dipengerusikan oleh KSU KDN dan Pengerusi ganti TKSU(P). Mereka mempunyai Jawatankuasa Pemilihan Tender yang terdiri daripada pegawai KDN, MOF dan Pegawai yg dipilih oleh KSU KDN mengikut tatacara kewangan yg sedang berkuat kuasa. Tiada satu tempat pun diperuntukkan kepada Pengarah Logistik. Jadi di mana yang dikatakan DS Mazlan sebagai pelulus?.
3) Pengarah Logistik seperti DIG Mazlan hanya menguruskan sebut harga di bawah Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Ketua Polis Negara pada harga maksimum RM500, 000 sahaja.
4) Pengarah Logistik di peringkat Bukit Aman bukannya PTJ. PTJ adalah Ketua Polis Negara IGP). Pengarah Logistik hanya melaksanakan tanggungjawabnya yang diputuskan oleh mesyuarat sebutharga yang dipengerusi adalah IGP atau DIG. Pengarah Logistik hanya boleh menggantikan keadaan itu sekiranya kedua-dua mereka memberi kuasa untuk beliau mempengerusinya.
5. Malahan semakan saya dengan Cawangan Perolehan PDRM tidak ada satu pun sebut harga pada masa DS Mazlan menjadi Pengarah Bahagian Logistik PDRM diberikan kepada ‘Najib Botak’.
6) Bagi tender di bawah RM5 juta diambil oleh PDRM adalah perancangan daripada pihak KDN untuk mengurangkan beban kerja Bahagian Perolehan KDN sekaligus mempercepatkan proses pemerolehan. Pun begitu kuasa ini belum pun dilaksanakan oleh Bahagian Logistik PDRM semasa DS Mazlan. Pengumuman kuasa pemutus tender sehingga RM5 juta juga dibuat oleh Ketua Setiausaha KDN.
7) Bagi tuduhan 15 tender yang dikaitkan dengan DS Mazlan, ia dilaksanakan antara tahun 2018 – awal 2020 sebelum DIG di pejabat Pengarah Logistik. .
8) Ada juga usaha untuk mengaitkan DS Mazlan dengan tangkapan yang dibuat terhadap seorang ASP dan seorang Pegawai KDN berkenaan rasuah dan penyelewengan. Sesiapa pun boleh siasat bahawa tender tersebut dberi pada tahun 2019 sebelum DS Mazlan berada dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik. Pada 2019, DS Mazlan masih lagi Ketua Polis Kuala Lumpur.
Jika dilihat kepada kronologi tuduhan-tuduhan ini jelas ia bukan sahaja tidak mempunyai asas malah bertujuan memburukkan DS Mazlan dan PDRM keseluruhannya.
Sudah tentu banyak lagi tuduhan yang dibuat sehingga ketika beliau menjadi ketua Polis Kelantan dan Ketua Polis Kuala Lumpur. Jika begitu panjang sejarah keburukkan beliau mustahil beliau boleh terus naik pangkat sehingga kepada Pengarah Bahagian Logistik sebelum dilantik DIG.
Aoakah anda fikir PDRM tidak mempunyai sistem penapisan dan pemantauan terhadap anggotanya? Jika beliua dituduh melakukan satu atau dua penyelewengan mungkin benar dan PDRM terlepas pandang. Namun juka begitu panjang senarai tuduhan jika ada kebenaran mustahil ia terlepas dari pemantauan PDRM.
Sebab itu saya kata semua tuduhan ini dibuat begitu banyak untuk memburukkan imej DS Mazlan dan juga PDRM secara keseluruhannya. Ia seolah-olah memberi gambaran seperti cerita tamil, seluruh pasukan polis korup. Ini tentulah bukan realiti dalam disiplin pasukan PDRM walaupun tidak dinafikan kami bukan sempurna.
Saya percaya anggota polis dan pesara polis menyokong penuh pelantikan ini dan menjunjung kasih kpd KDYMM SPB YDP Agong telah berkenan memilih beliau sebagai DIG yg ke 27. Tahniah DS Mazlan Tahniah PDRM dan Tahniah kerajaan Malaysia.
Bekas Staf di Jabatan Logistik Bkt Aman.