Video: Takbir Raya Guna Bahasa Isyarat Untuk Orang Kelainan Upaya

NILAI ― Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menampilkan inovasi dalam meraikan kedatangan 1 Syawal dengan mengalunkan takbir raya diiringi bahasa isyarat.

Pegawai Pusat Komunikasi Strategik USIM Mohd Zaini Othman berkata takbir raya bahasa isyarat itu disertai Naib Canselor Prof Datuk Dr Musa Ahmad bersama-sama 30 orang dari USIM, Yayasan FAQEH, Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia dan Daie Pekak.

“Kelainan penggunaan bahasa isyarat yang ditonjolkan oleh USIM dalam versi takbir hari raya ini merupakan salah satu pendekatan dakwah mesra kepada orang kelainan upaya dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Zaini berkata takbir raya bahasa isyarat itu dipimpin oleh pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Dr Anuar Hasin yang merupakan johan qari Tilawah al-Quran Negeri Perak 2017.

Takbir raya itu dirakamkan pada 12 Jun lalu. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.