Unik Keluarga Dilahirkan Dengan Tompokan Rambut Putih Seperti Uban

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, mempunyai keunikan tersendiri apabila dilahirkan dengan tompokan rambut putih seperti uban dan menjadi generasi keempat yang dilahirkan sedemikian rupa.

Sebelum ini ibu MliliAnna iaitu Brianna Worthy, 23, dan neneknya, Jennifer, 41, serta moyangnya, Jaonne, 59, juga dilahirkan dengan tompokan rambut putih.

Ia dikenali sebagai poliosis iaitu perubahan warna rambut menjadi putih.

Menurut Brianna, yang berasal dari Ridgeland, South Carolina, dia tidak pasti sejauh mana keluarganya mewarisi keadaan berkenaan memandangkan neneknya merupakan anak angkat sejak kecil dan tidak pernah bertemu dengan keluarga kandungnya.

“Saya amat berharap nenek dapat bertemu dengan keluarga kandungnya. Adik bongsu saya tidak mewarisi keadaan jadi sebelum ini saya tidak tahu sama ada MiliAnna akan melalui keadaan sama hinggalah ketika dia dilahirkan,’’ katanya.

Menurut Brianna, keadaan berkenaan menjadikan mereka sekeluarga sebagai tumpuan ramai.

“Kebiasaannya saya menghormati komen-komen berbaur sopan dan saya tidak kisah menjawab soalan mereka tetapi secara jujurnya, ia boleh jadi penat terutama ketika saya sedang sibuk atau cuba melakukan sesuatu,’’ katanya.

Brianna juga tidak menafikan dia dikutuk oleh kanak-kanak lain ketika kecil disebabkan rambutnya itu hingga ada kalanya mengganggu kehidupannya.

Namun Brianna berharap MiliAnna akan membesar dengan mengetahui bahawa keunikan itu sebenarnya menjadikan dia cantik dan istimewa serta menutup telinga terhadap kata-kata nista orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.