Tindakan DoJ Berasaskan Politik Kata Peguam Negara

KOTA BHARU – Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman sivil terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa berasaskan politik dan bukan undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata DoJ tidak pernah membuat permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan, bukti dan maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan.

“Jika mereka minta (maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan.

“Justeru, saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik memandangkan ia dipercayai berdasarkan maklumat segelintir pihak dari Malaysia,” katanya, lapor BH.

Pada majlis itu, kira-kira 800 anggota keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang juga seorang pendekar digeruni di Kelantan sekitar 1920-an, berkumpul.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan kelmarin, menggesa semua parti politik di negara ini menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran.

Beliau berkata, banyak ayat dalam al-Quran yang melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman.

Mohamed Apandi berkata, kuasa asing tidak boleh dibiar mencampuri hal ehwal dalaman kerana boleh menggugat keamanan negara.

“Kita percaya tindakan DoJ adalah berunsur politik semata-mata memandangkan hasil siasatan dibuat tidak menjurus kepada apa yang didakwa mereka,” katanya.

One thought on “Tindakan DoJ Berasaskan Politik Kata Peguam Negara

  • June 28, 2017 at 9:01 am
    Permalink

    Kamu pun dilantik atas dasar……… (isi sendirilah tempat kosong nie) ………..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.