Terlalu Sayangkan Haiwan, Suami Lana Tak Makan Rendang Ayam

KUALA LUMPUR — Pelakon Lana Nordin menjelaskan suaminya kini tidak menjamah rendang ayam sebagai juadah Aidilfitri kerana terlalu sayangkan haiwan.

Lana, 37, berkata Mohd Daud McKienzie tidak lagi memakan daging sejak beberapa tahun lalu demi menjaga kesihatan dan mengelak diri daripada terkena barah, seperti memetik ProjekMMO.

“Dia sekarang tidak makan ayam dan daging sebab dia kasihan melihat haiwan dibunuh sejak beberapa tahun lalu.

“Kalau ke restoran, dia pesan lauk paprik tetapi paprik sayur tanpa ayam dan daging.

“Dia selalu ingatkan daging dan ayam kini banyak disuntik [kimia] menyebabkan ramai terkena barah. Rakannya berusia 39 tahun baru meninggal dunia kerana barah.

“Saya makan saja, beri dia [rasa] cemburu kerana saya makan banyak pun tidak gemuk,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Lana yang mendirikan rumah tangga pada Mei 2015 dikurniakan seorang puteri Gia Quinn Mckienzie.

Sementara itu, suaminya seorang pemain bola tampar Amerika Syarikat dan pasangan ini bertemu dalam satu majlis di Singapura pada 2014.

Daud memeluk Islam tiga tahun lalu dan kini rancak ke Brunei dan Singapura mempromosikan produk makanan kesihatan.

Pelakon drama “Ajaibnya Cinta” itu berkata walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga, namun Daud sedikit sebanyak sudah memahami budaya Melayu.

“Sebelum Hari Raya ini pun dia pernah menghadiri majlis cukur jambul dan bertunang. Dia sudah biasa dan faham situasi itu. Bila kita kata kenduri, dia tahulah macam mana,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.