Pakar Bedah Plastik Jadikan Isteri Sebagai Model Kepada Pelanggannya

Isteri sendiri menjadi model. Itu yang dipraktikkan oleh seorang pakar bedah plastik, Phillip Craft, 47, yang menjadikan isterinya, Anna, 43, sebagai model kepada pelanggannya yang ingin menjalani prosedur pembedahan plastik di kliniknya di Miami.

Sejak mereka berkahwin 21 tahun lalu, Anna telah menjalani pembedahan implan payu dara, liposuction, pembesaran punggung, pembedahan badan dan pinggang serta menyuntik botok dan membesarkan bibir.

Meskipun sebelum ini Anna agak keberatan untuk membenarkan suaminya membedah dirinya, namun dia bertukar fikiran selepas melahirkan dua anak lelaki, Aston, 13 dan Phillip Jr, 11.

“Selepas melahirkan anak sulung, saya dapat merasakan bentuk badan saya sudah tidak sama. Saya membantu Phillip di klinik dan melihat seorang wanita berusia 60 tahun sangat cantik dengan badan yang menggiurkan. Jadi saya berpendapat apa salahnya jika saya mencuba,’’ katanya.

Anna kini gembira dengan perubahan badannya itu dan sentiasa terbuka dengan sebarang pembedahan yang akan dijalankan oleh suaminya sendiri.

“Phillip suka mengubah semula kereta sport dan perabot. Selepas mempunyai dua anak, saya memutuskan untuk membenarkannya mengubah saya.

“Dia membesarkan payu dara saya, membedah pinggang dan menyuntik pipi saya. Malah Phillip membentuk perut saya untuk kelihatan seperti `six-pack’,’’ kata Anna.

Dalam pada itu, Phillip berkata, setiap kali pelanggan masuk ke kliniknya, dia akan meminta mereka melihat kepada isterinya untuk menunjukkan betapa hebatnya dia sebagai pakar bedah.

Malah kata Phillip, isterinya itu lebih cantik sekarang berbanding ketika mereka bertemu dulu, pada usia 22 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.