Makanan Paling Sedap Pernah Rasa Katanya

Baru-baru ini, netizen telah dikejutkan dengan gambar masakan yang dikongsi oleh seorang gadis dari Australia, Morgan Jane Gibbs dalam Facebooknya.

Ini kerana gambar yang menjadi hidangan dietnya itu adalah ayam yang tidak dimasak dengan sempurna dan masih mentah.

Tindakannya itu telah mencetuskan kejutan ramai sejak ia dimuatnaik pada awal bulan ini dengan ramai yang menyifatkan ia sebagai menjijikkan.

Namun berbeza dengan Morgan yang menyatakan ia sangat sedap.

“Ia sangat sedap, tak percaya kenapa saya tidak mencubanya sebelum ini. Tidak sabar untuk makan dengan salad yang dimasak sendiri dan sayur,” kata Morgan.

Netizen yang melihat gambar berkenaan telah menyifatkan ia sebagai menjijikkan dan turut mengingatkan Morgan mengenai risiko keracunan makanan yang berpunca daripada salmonella, iaitu jika ayam tidak dimasak dengan sempurna.

Meskipun Morgan mencadangkan kawan-kawannya mencuba resepi berkenaan, namun mereka cepat-cepat menolaknya.

Entri berkenaan menjadi tular selepas seorang wanita dari Texas, Dakota Jean telah berkongsi gambar itu dan ia kemudiannya dikongsi lebih 2,400 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.