Mahu Tunjuk Baju Glamor Tapi Dikecam Netizen

Wanita ini, Alyssa, kononnya mahu menunjukkan wajah dan baju glamornya dalam swafoto yang dirakamkan di dalam biliknya.

Namun hasratnya itu bertukar menjadi sesuatu yang tidak diduga apabila dia menerima kecaman daripada netizen disebabkan sampah sarap di dalam biliknya itu..

Alyssa yang berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat ini dibanjiri dengan reaksi mengejutkan selepas dia memuatnaik gambar berkenaan dalam twitternya.

Netizen bukan setakat mengecamnya sebagai pemalas malah seorang netizen turut mendakwa melihat seekor tikus di dalam gambar berkenaan.

Ia memang menjijikkan bagi sesiapa yang melihat gambarnya itu.

“Macam mana la kau boleh rakam gambar sedangkan kau tahu bilik kau bersepah dengan teruk,’’tanya seorang netizen.

Namun Alyssa tidak mempedulikan keadaan berkenaan sebaliknya sempat bergurau.

“Adik aku tentunya terkejut apabila aku beritahu aku jadi bualan, Dia tentu tidak akan bersihkan biliknya lagi,’’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.