Hukuman Tenung Lampu Tinggi Selama Seminit Jika Guna Lampu Suluh Tinggi Secara Sebarangan

Mungkin peraturan seperti ini sesuai dilaksanakan di negara kita, iaitu kepada mereka yang suka menggunakan lampu suluh tinggi secara sembarangan.

Undang-undang di selatan China menetapkan, mereka yang menggunakannya secara suka-suka dikenakan hukuman iaitu merenung ke arah lampu itu selama seminit.

Selain itu, pesalah juga diarahkan membayar denda sebanyak RM185.
Peraturan itu dilaksanakan oleh polis di Shenzhen mulai 1 November lalu .

Selain hukuman berkenaan, pesalah juga perlu membaca ikrar untuk hanya menggunakan lampu suluh tinggi apabila diperlukan sahaja.

Gambar-gambar hukuman berkenaan telah dimuatnaik dalam platform media sosial China, Weibo oleh polis trafik di wilayah berkenaan.

Entri berkenaan mendapat pujian ramai dengan lebih 100,000 orang berkongsi hukuman berkenaan menerusi media sosial.

“Saya memang benci orang yang menggunakan lampu suluh tinggi ini. Ia menyebabkan saya sukar untuk menggunakan laluan pejalan kaki.

“Ia sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara.
“Tempoh seminit tidak mencukupi,’’ demikian antara komen-komen yang diterima oleh polis susulan pelaksanaan hukuman berkenaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.