50,000 Kunjungi Rumah Terbuka Ketua Menteri dan Kabinet Sabah

KOTA KINABALU — Kira-kira 50,000 tetamu menyertai Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin mengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas di sini hari ini.

Meluahkan kegembiraannya melihat kehadiran begitu ramai pengunjung, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata ia menunjukkan Sabah sebuah negeri yang aman dan bersatu.

“Alhamdulillah, kita dapat menyambut hari raya pada tahun ini dengan cukup meriah dan luar biasa… bukan sahaja orang Islam yang datang tetapi semua masyarakat pelbagai kaum dan agama turut hadir dengan semangat kekitaan yang cukup kuat.

“Ini menunjukkan Sabah sentiasa aman dan damai. Mudah-mudahan perayaan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim, perasaan persaudaraan dan perasaan kekitaan antara kita,” katanya kepada pemberita.

Selain anggota kabinet negeri, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.