Rakyat Malaysia Minta Xavier Justo Manipulasi Fakta Berkaitan 1MDB

“Justo menyebut nama beberapa rakyat Malaysia yang kononnya memintanya untuk memanipulasi fakta daripada maklumat yang dimuat turun dari sistem komunikasi PetroSaudi.

 

“Sekiranya pihak berkuasa Thailand mempunyai maklumat yang cukup, kebarangkalian proses ekstradisi rakyat Malaysia tidak akan timbul, sementara itu, kita akan mengetahui siapa individu tersebut, sekiranya permintaan itu dilakukan.”

 

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu susulan pengakuan bekas Eksekutif Kanan PetroSaudi, Xavier Justo yang disoalsiasat pihak berkuasa Thailand, semalam.

 

Pihak berkuasa katanya, menerima maklum balas awal bahawa rakyat Malaysia boleh dipanggil bagi membantu siasatan walaupun tiada permintaan rasmi melalui saluran diplomatik atau menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekstradisi individu tersebut ke Bangkok.

 

“Kita akan siasat personaliti itu selepas pihak berkuasa Thailand selesai menyoal siasat Xavier,” katanya di Alor Gajah, Melaka, Khamis malam.

 

Semalam, kenyataan syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatakan bahawa sebahagian e-mel dan dokumen seperti disiarkan blog, Sarawak Report sebelum ini didapati telah dipinda.

 

Isnin lalu, pihak berkuasa Thailand menahan Justo di sebuah rumah di Koh Samui susulan laporan polis yang dibuat syarikat PetroSaudi di London sebelum ini. – BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.