Netizen Kecam Peniaga Bazar Ramadan Tunjuk Gengster

KOTA DAMANSARA – Demikianlah kritikan netizen terhadap beberapa peniaga Baazar Damansara Damai yang berlakuan kasar terhadap dua lelaki Mat Salleh beberapa hari lepas.

 

Dalam kejadian itu, dua lelaki Mat Salleh berpakaian kemas itu dikasari oleh beberapa peniaga Baazar Ramadan Damansara Damai, sehingga berlaku adegan tolak menolak menyebabkan dua lelaki berkenaan terpaksa beredar kerana tidak mahu keadaan bertambah buruk.

 

Difahamkan, dua lelaki berkenaan pada mulanya mahu mengeluarkan kereta mereka dari tapak baazar. Namun terhalang apabila peniaga baazar telah membuka khemah mereka di sekeliling kawasan kereta tersebut.

 

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan cuba meminta peniaga terbabit memberikan laluan. Malangnya tidak dilayan dan diherdik sehingga menimbulkan adegan tolak menolak kerana peniaga terbabit berang dua lelaki itu didakwa cuba menganggu mereka dari berniaga.

 

Video kejadian itu berjaya dirakam oleh pengunjung baazar berkenaan yang juga turut menjadi batu api agar peniaga terbabit membelasah dua lelaki itu.

 

Video berdurasi 56 saat itu dikecam hebat oleh netizen yang menganggap tindakan peniaga yang terlibat tidak bertamadun dan memalukan imej Malaysia sebagai negara yang masyarakatnya sopan dan baik hati.

 

 

“Ini ke org islam melayu malaysia? Woii salute budi bahasa ugama kita bangga bang dlm bln puasa . bkn gangster bang . klu cari rezeki pon berniaga . bkn cara ni bang oii . ni la rakyat malayasia yg memalukan ugama dan negara . miskin ke klu ckp baik baik . budi bahasa x bolih jual beli bang . ugama islam bang . bkn selam,” – Mysarah Maria

 

Tidak kurang juga yang mendakwa peniaga itu lebih mementingkan wang berbanding budi bahasa terhadap orang luar berkenaan yang dilihat tidak melawan, sebaliknya mereka akur dan pergi begitu sahaja.

 

Ekoran itu, netizen meminta orang ramai memboikot gerai peniaga berkenaan kerana berang dengan sikap biadab dan kasar mereka. – HypeMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.