Man United Mahu Pecah Rekod Dunia Jual David De Gea

LONDON – Manchester United mahukan yuran perpindahan yang memecahkan rekod dunia daripada Real Madrid untuk melepaskan penjaga gol, David De Gea.

 

Pengurusan United tidak memberi keutamaan betapa pemain berusia 24 tahun itu memiliki baki kontrak setahun lagi dan sedia melepaskannya pada musim panas ini.

 

Mereka juga percaya dapat menjual De Gea lebih mahal daripada jumlah yang diterima Parma ketika melepaskan Gianluigi Buffon kepada Juventus pada 2011 iaitu sebanyak STG32.6 juta (RM193.88 juta).

 

De Gea menyertai United dengan yuran perpindahan sebanyak STG17.8 juta (RM105.86 juta) dari Atletico Madrid pada tahun 2001.

 

Berikutan itu, Madrid menjangkakan nilai De Gea dalam lingkungan STG13 juta (RM77.31 juta) kerana pemain itu hanya mempunyai baki kontrak selama setahun lagi. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.