Saya Bela Semua Kaum, Tapi Jangan Sentuh Agama dan Bangsa -Akmal Balas DAP

- Advertisement -

JASIN – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, menegaskan bahawa beliau adalah pemimpin kepada semua kaum di negara ini, dan tidak membezakan bantuan berdasarkan bangsa atau agama.

Kenyataan itu dibuat melalui satu video yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi beliau, sebagai respon kepada kenyataan oleh YB Kerk Chee Yee, Setiausaha Publisiti DAP Melaka, yang mencabar beliau supaya melangkaui batas kaum dan menjadi pemimpin untuk semua golongan rakyat.

“Saya tak ada masalah dengan orang Cina, saya tak ada masalah dengan orang India. Kita bantu semua kaum sama rata. Bila perlu dibantu, kita bantu tanpa tengok warna kulit, bangsa atau agama,” ujar beliau dalam rakaman tersebut.

Bagaimanapun, Dr. Akmal menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menggugat agama Islam atau kedudukan kaum Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya akan bangkit mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Jangan salah anggap bahawa membela agama dan bangsa adalah suara fraksi sempit,” katanya sambil menyelar pihak yang didakwanya cuba menyempitkan pemikiran masyarakat dengan tuduhan sedemikian.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh, yang menyentuh soal “suara fraksi sempit”, dan menegaskan bahawa mempertahankan hak dalam kerangka undang-undang negara bukanlah satu bentuk ekstremisme.

“Sebelum kamu cabar saya, saya cabar juga DAP supaya menjadi pemimpin kepada semua kaum dengan menghormati sensitiviti negara ini,” tambahnya.

Kenyataan lantang ini dijangka terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin politik tanah air, terutamanya dalam konteks hubungan antara parti-parti politik pelbagai kaum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat