Malaysia Tutup Tirai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Dengan Kejayaan Bermakna

- Advertisement -

CYBERJAYA – Malaysia menutup tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan pencapaian signifikan yang dianggap antara paling bermakna dalam sejarah penganjuran persidangan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media penutup, menyatakan bahawa hasil kejayaan ini terhasil daripada kerja keras pelbagai kementerian, agensi, dan pasukan keselamatan negara, selain semangat setiakawan yang luar biasa daripada rakan-rakan pimpinan ASEAN.

“Sidang kali ini bukan sahaja kaya dengan perbincangan substantif, tetapi turut menghasilkan kenyataan bersama yang kukuh dan penuh makna,” kata beliau.

Kerjasama strategik bersama negara-negara Teluk (GCC) dan China turut menunjukkan kemajuan ketara, dengan perbincangan menyentuh isu tarif, pelaburan, projek bersama, serta komitmen terhadap kestabilan rantau.

Anwar menegaskan bahawa keutamaan ASEAN kekal tertumpu kepada kesejahteraan rakyat, perdagangan dan pembangunan ekonomi yang saksama. Dalam semangat prinsip kepusatan ASEAN, hubungan dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat akan terus diperkukuh demi kestabilan dan kemakmuran serantau.

Dalam perkembangan berkaitan, ASEAN turut mencapai kesepakatan menerima Timor-Leste sebagai anggota penuh menjelang Oktober ini, tertakluk kepada beberapa syarat pematuhan ekonomi terakhir.

Langkah penting lain termasuk persetujuan memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) ASEAN-GCC, bertujuan memperluas akses pasaran dan memperkukuh integrasi ekonomi antara rantau Asia Tenggara dan negara-negara Teluk.

Anwar turut memaklumkan bahawa beberapa isu penting seperti krisis Myanmar dan perdagangan intra-ASEAN telah diselesaikan lebih awal berbanding kebiasaan, dan kini ASEAN akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan kesepakatan yang dicapai.

Beliau percaya bahawa semangat kerjasama yang ditunjukkan dalam persidangan kali ini mencerminkan tekad baharu ASEAN untuk menjadi organisasi berpaksikan rakyat demi masa depan rantau yang lebih mampan dan inklusif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat