Inilah masanya Tajuddin tarik balik sokongan terhadap kerajaan PN – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didesak menarik sokongannya terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berikutan pemecatannya sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam.

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd. Puad Zarkashi yang meminta Tajuddin segera berbuat demikian.

Bagaimanapun, gesaan beliau itu dilihat seolah-olah sebagai satu tindakan protes untuk menyatakan pemecatan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebagai tidak patut.

“Tunggu apa lagi Tajuddin. Kamu sudah dipecat sebagai Pengerusi Prasarana. Umum segera ‘tarik sokongan’ terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. #TakutApaLagi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Berita pemecatan Tajuddin semalam tersebar selepas sepucuk surat ditandatangani Tengku Zafrul tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Facebooknya secara ringkas menjelaskan kerajaan mempunyai hak untuk menentukan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Prasarana dengan menyifatkan jawatan lantikan politik hanya sementara.

Malah, beliau juga dilihat mengakui Tajuddin melakukan kesilapan untuk memberi maklumat kepada orang awam berhubung insiden yang mengakibatkan 47 penumpang parah dan 166 cedera ringan itu.

“Jawatan dalam politik ini hanya sementara. Apa juga pun jawatan. Paling lama mungkin 22 tahun. Boleh jadi 22 bulan. Jawatan di #Prasarana itu lantikan Tengku Zafrul dan beliau berhak tamatkan.

“Manusia mana ada yang sempurna. Saya doakan yang terbaik untuk Tajuddin dan menteri juga,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat