Saya Pergi Tabung Haji, Keluarkan Duit Bukan Lari Kata Jamal

KUALA LUMPUR – Setelah ‘hilang’ hampir 40 jam, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Jamal melalui satu kiriman rakaman suara yang dihantarkan kepada wartawan SuaraTV sebentar tadi berkata ketika hari kejadian pihaknya telah bergegas untuk Tabung Haji bagi mengeluarkan duit.

“Pada pukul 3.15 saya (ingat) kes telah selesai dan terus keluar dari hospital dan pergi ke Tabung Haji bagi mengeluarkan duit bagi membiayai kos reman dan sebagainya.

“Saya bergegas keluar dari hospital kerana mengejar masa kerana takut waktu pejabat Tabung Haji tutup jadi setelah mengelaurkan duit saya mendapat panggilan (maklumkan) saya diburu pihak polis kerana dikatakan telah melarikan diri dari hospital dan sebagainya,” jelasnya melalui rakaman suara tersebut.

Jamal turut menjelaskan dia kemudianya mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu dan berjanji akan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

“Disebabkan itu, dalam keadaan saya kurang sihat bagi saya lebih baik saya berehat dahulu dan Insyallah saya akan tetap memberikan kerjasama sepenuhnya pada pihak polis.

“Bagi saya perkara ini adalah salah faham, kerana menurut ingatan saya perkara itu telah selesai tetapi ada beberapa dokumen yang saya tidak tandatanggani dan bukan saya melarikan diri daripada polis,” ujarnya lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat sebelum ini berkata, polis sedang giat mengesan kedudukan Jamal untuk menyelesaikan proses dokumentasi tersebut.

“Setakat ini (10 malam), kami belum dapat mengesan kedudukan beliau (Jamal). Kita berharap dia tampil dan bekerjasama untuk menyelesaikan proses jaminan mahkamah ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

Jamal dikatakan hilang dari hospital tempatnya membuat rawatan sakit belakang itu antara pukul 5 ke 6 petang ketika pihak polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

Jamal disiasat berhubung kes memecahkan botol arak di hadapan pagar pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor Oktober tahun lepas.

Sementara itu peguam Jamal, Datuk Mohd Imran Thamrin melalui satu kenyataan sebentar tadi turut mengesahkan Jamal telah menghubunginya dan beraedia memberikan kerjasama bagi menyempurnakan proses ikat jamin.

“Untuk makluman semua, DS Jamal telah menghubungi kami kumpulan peguam dan memaklumkan bahawa beliau sedia memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pihak Polis untuk menyempurnakan proses ikat jamin tempoh hari.

“Beliau telah menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses “discharge” untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain. Pada ketika itu beliau percaya dan beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna,” ujarnya.

Beliau turut berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis berkenaan perkembangan ini. – SuaraTV

One thought on “Saya Pergi Tabung Haji, Keluarkan Duit Bukan Lari Kata Jamal

  • May 27, 2018 at 4:02 pm
    Permalink

    Jamal Jamban, you punya dedahs untuk buat kacau bilau sudah diberhentikan sekarang pasal you punya boss sudah sendiri susah. Lebih baik you balik jual ikan bakar dan sewa hotel. Ini pengajaran jangan jadi angkuh bika berkuasa.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.