Isu Tudung, Buah Dada Nurul Izzah: Pergi Mampus Sama ‘Polis Moral’

KUALA LUMPUR – Isu berhubung seorang lelaki yang disifatkan sebagai biadap kerana membuat teguran terbuka terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam program yang disiarkan secara langsung baru-baru ini masih hebat diperkatakan.

Terbaru aktivis wanita, Maryam Lee Mohamad Ramli Lee melahirkan rasa terkejut dengan sikap masyarakat yang dikatakan telah berubah berbanding sebelum ini.

Menurut Maryam masyarakat sebelum ini lebih gemar menyalahkan wanita yang sering menjadi mangsa ‘polis moral’.

“Wow, pertama kali aku tengok orang marah macam ni dekat lelaki yang menjadi polis moral wanita. Aku sendiri memang sangat marah.

“Selama ni kita sangat pemaaf pada para polis moral. “Teguran” yang jauh lebih teruk pernah dibuat pada ramai perempuan, tapi kita lebih sering berterima kasih dan apologetik pada “penegur”, “ ujarnya di laman Twitter semalam.

Maryam turut menjelaskan sebelum ini dia pernah dimarahi oleh seorang ‘polis moral’ kerana makan secara terbuka di sebuah restoran ketika bulan puasa.

Namun ketika itu, tiada seorang pun yang tampil untuk membelanya sebaliknya dia pula yang dipersalahkan.

“Pada tahun 2016, mesej yang aku sampaikan pada “penegur” yang marah aku makan di restoran bulan Ramadhan: kamu boleh simpan teguran kamu itu (kerana) saya tidak perlukannya. Polis moral pergilah sibuk hal lain.

“(Namun) Satu Malaysia tak marah “penegur” itu, tapi marah aku sebab tak makan “teguran”.

“Sudah tentu aku tak makan “teguran” yang biadap, kurang ajar, dan penuh caci makian. Pergi mampus pada polis moral. Apalagi di bulan ramadan. Pergi sibuk hal dosa kau dulu lah,” bidasnya lagi.

Seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Azrul’ sebelum ini membuat panggilan telefon untuk menegur Nurul Izzah yang dikatakan memakai tudung yang sering terselak sehingga menampakkan baju dalam dan buah dada beliau.

Emoran daripada itu masyarakat yang simpati mula mengecam sikap individu tersebut sambil mempertikaikan motif tegurannya.

Malah ada yang mendakwa lelaki tersebut mungkin mengalami masalah otak dan gila seks. – SuaraTV

One thought on “Isu Tudung, Buah Dada Nurul Izzah: Pergi Mampus Sama ‘Polis Moral’

  • May 27, 2018 at 11:37 am
    Permalink

    Dalam Islam pun dah kata, pertama sekali turunkan pandangan kita.. Bukam pergi terbeliak mata nak tengok then buka aib org.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.