PMO Nafi Malaysia Daftar 45 Group Menerusi Syarikat Godfrey Group Ltd Sebagai Ejen Pelobi

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan media asing yang mendakwa kerajaan Malaysia mendaftarkan 45 Group menerusi syarikat Godfrey Group Ltd.

sebagai ejen bagi tujuan melobi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Syarikat 45 Group ditubuhkan oleh bekas Setiausaha Akhbar Presiden AS, Donald Trump iaitu Healy Baumgardner-Nardone.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, menegaskan kerajaan dan PMO tidak mengeluarkan sebarang arahan, melantik atau mempunyai kontrak dengan 45 Group, syarikat Godfrey Group Ltd atau Baumgardner-Nardone.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklum balas rakan dari seluruh dunia yang memberi gambaran sebenar mengenai kejayaan mesra ekonomi Malaysia, selain terbuka kepada sektor perdagangan serta pelaburan.

“Ia termasuk memberi gambaran Malaysia adalah sebuah ne­gara majoriti Islam yang mengamalkan
konsep ke­sederhanaan.

“Di bawah ke­pimpinan Perdana Menteri, Da­tuk Seri Najib Razak, Malaysia adalah rakan yang tegas dalam memerangi keganasan dan ekstremisme,” kata­nya dalam satu kenyataan hari ini.

The Daily Beast memetik pemfailan dibuat Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Kehakiman AS minggu lepas yang mendaftarkan 45 Group sebagai ejen “Republik Malaysia” melalui Godfrey Group Ltd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.